Sunday, June 15, 2008

MY KALAM HIKMAH 06

"Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka."


" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq)


"~kekuatan wanita bukan terletak pada pejal ototnya,tapi pada kekuatan perasaannya..~"


Kekayaan yg sebenar ialah akal, kepapaan yg sebenar ialah rosak akal. Sepi yg sebenarnya ialah kagum dgn diri sendiri dan kemuliaan yg sebenar ialah akhlak yg baik. -Saidina Ali bin Abi Talib


Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat…Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya..Itulah Cinta..nurfaizah


Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A * Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut * Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya * Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan * Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku * Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat * Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya.. kalamhikmah


Di akhir zaman ni,ramai org yg hanya pandai b'cakap ttp tidak mampu melaksanakan apa yg dicakapnya,ramai juga yg pandai menasihati org lain ttp diri sendiri tak diberi nasihat...fikir2kanlah.. putramanzmisr


Di akhir zaman ini yang sering kita temui adalah Kenalan atau Taulan. Hendak mencari seorang Sahabat di akhir zaman ini hampir-hampir mustahil. Sahabat yang Soleh, Sahabat yang memiliki akhlak yang baik lahir dan bathin, Sahabat yang ikhlas apabila dia menegur kita dengan penuh kasih sayang… Sahabat seperti ini boleh mengajar & mendidik diri kita melalui cara pertuturannya, perbuatan & sikapnya itu.. putramanz_misr


Memiliki persahabatan yang jujur dalam erti kata sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar diperoleh secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman. Sabda baginda: Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka (riwayat al-Bukhari)..bgwankakbah


Bottom of Form

"Bukan Pertemuan Yg Melakar Keindahan, Bukan Ucapan Yg Mencoret Kecintaan TETAPI Ingatan Dalam Doa Pada Allah Sahajalah Tanda Ukhwah Yg Suci"

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka..


"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka jangan kamu sia-siakan dia; dan Allah telah memberikan beberapa batas, maka jangan kamu langgar dia; dan Allah telah mengharamkan sesuatu, maka jangan kamu pertengkarkan dia; dan Allah telah mendiamkan beberapa hal sebagai tanda kasihnya kepada kamu, Dia tidak lupa, maka jangan kamu perbincangkan dia." (Riwayat Daraquthni, dihasankan oleh an-Nawawi)..kakchik


Dunia ini ibarat Pentas LakOnan, MANUSIA itulah PELAKON utamaNya, AL-QURAN & AS-SUNNAH skripNya, Manakala MALAIKAT itulah JurugambarNya, ISLAM jalan ceritaNya, KIAMAT itu kesudahan PenggambaraNya, TITIAN SIRATULMUSTAQIM sbg Red Carpet, Berkumpul di Padang MAHSYAR Adalah tempat menerima PengANugeraHanNya, RASULULLAH S.A.W "PelakOn TerbaikNya", ALLAH S.W.T Adalah JuriNya, Manakala SYURGA @ NERAKA itulah Trofinya.. bgwankakbah

MY KALAM HIKMAH 06



Abu Thalib Al-Makki berkata: "Perut itu adalah rebab. Iaitu kayu yang berlubang, mempunyai tali-tali. Sesungguhnya bagus bunyinya, kerana ringan dan tipisnya. Dan kerana ia berlubang, tiada berisi penuh. Begitu pula rongga perut! Apabila ia kosong, nescaya adalah lebih manis untuk membaca Al-Quran, lebih lama untuk berdiri solat dan lebih mengurangkan tidur." Petikan dari kitab Ihya' Ulumiddin Ghazali) manmasrie


Rasulullah s.a.w. bersabda.. "Tiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali tiga mata.. -Mata yang pernah MENANGIS kerana takutkan Allah s.w.t.. -Mata yang telah MEMEJAMKAN DIRI dari melihat benda yang diharamkan oleh Allah s.w.t.... -Mata yang pernah BERJAGA dalam jihad fisabilillah." manmasrie


Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. 15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.. nikman nasir


Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama..nikman nasir


Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.. Putra dato


"Kegagahan wanita adalah kekuatan perasaan,terima kehilangan,xtakut miskin,tabah tanggung kerinduan stelah ditinggalkan,xmeminta-minta.SELURUH KEGAGAHN KHADIJAH ADALAH KEGAGAHAN SEMPURNA WANITA."


Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong -Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. -Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.


""Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi..manmasrie

"kata-kata yg diucapkan sembarangan dpt mewujudkan perselisihan,kata-ka ta yg kejam dpt mghancurkan satu kehidupan,kata-kata yg diucapkan pd tempatnya dapat meredakan ketegangan..dan kata-kata yg penuh rs kasih syg dpt menyembuhkan dan memberkati"


Tutup aurat satu tuntutan, Dalam keluarga wajib tekankan, Kalau tak ikut gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan. Aurat ditutup mestilah lengkap, Tudung litup termasuk skap, Mini telekong pun orang cakap, Elok dipandang tak payahpun 'make up'. Sekurang-kurangnya berbaju kurung, Lebih elok jubah mengurung, Kaki pula mesti bersarung, Ditumit kaki syaitan bertarung. Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat, Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat. Pakaian modern(?) memanglah hebat, Harganya mahal walaupun ketat, Walaupun cantik tetapi singkat, Orang memakaipun nampak pusat. Berseluar ketat bajupun ketat, Jarangnya pulak boleh dilihat, Orang yang memakai terus dilaknat, Oleh Allah, Rasul dan Malaikat..torfatulain


Di saat-saat resah, al-Quranlah yang paling mujarab, kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta. Allahlah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya. Betapa agungnya cinta Allah.” - Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina ini dengan siraman kasih saying..e-one iwan


Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa. ( Hamka ).


Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik. (Hamka). Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya


Seorang sufi bermadah : Adakalanya kesalahan membuatkan seseorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu...boleh mendatangkan sombong diri. Oleh itu tidakkah beruntung mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu.. kalamhikmah


"Sesungguhnya sahabat yang ada disekitar kita masih menjadi sahabat bukan kerana kehebatan yang ada pada kita, tetapi kerana mereka menerima kelemahan kita dengan hati terbuka dan mereka adalah insan yang sanggup bersabar,memaafkan dan membetulkan kelemahan dan keburukan yang ada pada kita.Tetapi fikirkanlah adakah kita mampu bersabar,memaafkan dan membantu sahabt kita yang lain?.. kalamhikmah


Seorang sufi bermadah : Adakalanya kesalahan membuatkan seseorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu...boleh mendatangkan sombong diri. Oleh itu tidakkah beruntung mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu.. zack zack

Friday, June 13, 2008

MY KALAM HIKMAH 05

“Makhluk yang paling utama sekali dari segi keimanan ialah kaum yang ada dalam sulbi para lelaki yang beriman denganku walhal mereka tidak melihatku, mereka mendapati helai-helai kitab kemudian mereka beramal dengan apa yang ada di dalamnya, mereka itulah makhluk yang paling utama dari segi keimanannya” aku dapat,aku ingin setia padanya.."(IMAM SHAFIE)



KATA-KATA NASIHAT DARI IBNU QAYYIM

1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima

kehendak Allah s.w.t.

2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak

dengan Allah s.w.t.

3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok

mengenali Allah s.w.t.

4. Di dalam hati manusia ada kegellisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung,

bertemu dan berjumpa dengan-Nya.

5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan

suruhan dan larangan-Nya serta qadha dan qadar-Nya.

6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali dengan

menanamkan kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya


Ibnu Abbas :
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”Ciksu


jika pena hilang bisa..kata bidalan lama mngungkapkan."bahawa mata pena itu lebih tajam dari pedang"maka larikkan mata pena mu,buat penyebar ilmu dan amal..jgn dilarik amal yg mungkar,khuatir kelak pena hilang bisa,terlalu lancar mmbuat onar.kuasa sirna di tarik yg Esa.ingtlah yang baik itu ganjarannya pahala,yg onar pula balasannya neraka..ciksu


Didalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT..Di dalam hati manusia ada keganasan yang tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT..Diadalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT..Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang dan damai kecuali berlindung,bertemu dan berjumpa denganNya...Didalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akn padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha&qadarnya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuaiNya...Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan memohon kepadaNya kesentiasaan berzikir kepadanya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.... Nur ILahi


jika pena hilang bisa..kata bidalan lama mngungkapkan."bhwa mata pena itu lbh tajam dr pedang"maka larikkan mata pena mu,buat penyebar ilmu dn amal..jgn dilarik amal yg mungkar,khuatir kelak pena hilang bisa,trlalu lancar mmbuat onar.kuasa sirna di tarik yg Esa.ingtlah yg baik itu ganjarannya pahala,yg onar pula balasannya neraka..ciksu


Didalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT..Di dalam hati manusia ada keganasan yang tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT..Diadalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT..Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang dan damai kecuali berlindung,bertemu dan berjumpa denganNya...Didalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akn padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha&qadarnya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuaiNya...Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan memohon kepadaNya kesentiasaan berzikir kepadanya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya..Nur ILahi


Tiga yang menyelamatkan, tiga yang membinasakan, tiga yang boleh mengangkat darjat dan tiga pula yang boleh menghapuskan dosa


Dari Abu Hurairah ra:
Bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud "Ada tiga hal yang boleh menyelamatkan, ada tiga hal yang boleh membinasakan, serta ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat dan ada tiga perkara pula yang menghapuskan dosa. Ada pun yang boleh menyelamatkan itu ialah : Takut kepada Allah SWT pada masa bersembunyi dan berterang-terangan. Berjimat dalam keadaan miskin dan kaya. Tetap adil ketika senang dan marah. Ada pun hal-hal yang boleh membinasakan ialah : Amat bakhil. Memperturutkan nafsu. Merasa hairan melihat kehebatan dirinya. Dan ada pun perkara-perkara yang meninggikan darjat : Menyebarkan ucapan salam. Suka memberi makan. Melaksanakan solat di waktu malam ketika orang-orang sedang nyenyak tidur. Sedangkan hal-hal yang mampu menghapuskan dosa ialah : Tetap menyempurnakan solat di tengah-tengah malam yang amat sejuk. Melangkah kaki ke tempat di adakan solat jemaah. Suka menunggu kedatangan solat."


Hati perlukan sinar ilmu sebagaimana tanah memerlukan siraman air hujan


Rasulullah saw telah berpesan, yang bermaksud : " Mestilah kamu selalu duduk dekat orang-orang alim dan mendengar cakap ahli-ahli hikmah kerana sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah (sinar ilmu) sebagaimana Dia menghidupkan tanah yang mati dengan siraman air hujan".


Detik jam maju x mungkin mundur, sedangkan ibadah x pernah teratur, selalu datang peringatan dari Al-Ghafur, tetapi nafsu ajak kita kufur, padahal kita akan mati dan pasti akan dikubur, tertutup tanah bersama lumpur, hati dan nafsu x pernah akur, kadang2 tenang, kadang2 bertempur, maka kembalilah kepadaNya sebelum kita ke kubur....renungan bersama umat manusia..P.D


Bila Takdirnya Tiba...
Ajal, maut, jodoh dan pertemuan sememangnya dah ditentukan sejak azali lagi..kite di dunia ni hanya sementara..persinggahan semata-mata..dan bile takdirnya tiba kita akan pergi meninggalkan semua yang ada di dunia ini untuk mengadap Ilahi..saat tu banyak hati yg akan meruntun kesedihan..mengharap yang pergi itu kembali..tp yang pasti yang pergi tetap pergi dan yang hidup mesti teruskan kehidupan..


Assalamualaikum...Sahabat2...Untuk dapat Allah setiap org akan berhadapan dgn 7 musuh tradisi.1 iblis,2 syaitan,3 nafsu,4 fikir sendiri,5 jin,6 dunia,7 makhluk.Makhluk akan sentiasa menentang tak suka org buat baik.Dunia ajakan dan godaan.Jin menguasai diri dan fikiran.Fikir sendiri sentiasa rasa diri betul.Nafsu mudah terjebak bila ada kepentingan diri,sanggup berkompromi dan gadai diri.Syaitan sediakan tempat utk berbuat dosa.Iblis menggunakan 6 kelemahan tadi untuk pesong jauhkan diri daripada Allah s.w.t.. manmasrie


Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.

Wednesday, June 11, 2008

MY KALAM HIKMAH 04

KAWAN MAKAN KAWAN

senario yang sering melanda masyarakat kita apabila kawan yang di harapkan yang di beri kepercayaan,tetapi mereka mengambil kesempatan atas kepercayaan yg telah diberikan.Wahai kawan cuba elakkan bersangkut di baju org.Semuanya ini di sebabkn kerana harta benda, pangkat dan wanita-untuk langkah keselamatan bg mengelakkan diri dari 'memakan' kawan sendiri.TANAMKANLAH SIFAT IKLAS DaLAM HATI..inss:)

KETENTUAN ILAHI

Rasulullah s.a.w bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibuya slama 40 puluh hari. Sebaik sahaja genap 40 puluh hari kali kdua terbentukleh segumpal darah beku. Manakala genap 40 puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara i2 di tentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendepet kecelakaan atau kebahgiaan.

Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. Seandainya seseorang i2 melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga shingglh kehidupnya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematianya,ttapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukn amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi di sebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang di lakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya:)..inss

Kata22 Dato' Saidina Abu Bakar RA

Sesungguhnya berdiri iblis di depanmu, jiwa berada di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia berada di belakangmu, semua anggota tubuh berada di sekitar dirimu, sedangkan Allah 'Azzawajalla berada di atasmu. Maka menghasutlah iblis laknatullah kepadamu agar meninggalkan agamamu.. jiwa mendorong mu ke arah maksiat, nafsu mendorong mu agar memenuhi tuntutan syahwat, sedang dunia mengajak mu agar memilihnya dari akhirat anggota tubuh mu meminta agar kamu melakukan sebanyak mungkin dosa dan Allah menghendaki kamu supaya memasuki syurga serta mendapatkan keampunanNya..inss:)

Baik-baik Hati-hati Selalu..:)

Hati adalah sumber keperibadian kita ,ia menjadi peti penyimpn rasia . Ia adalah pemimpin dan pengarah seluruh perilaku sharian kita. Ia adalah tempat khidupan kjiwaan dan spiritual.Hati i2 pd awalnya suci, fitrah, cenderung kpada Allah.Lalu kmudian ia dikotori oleh dosa22 dan kederhakaan kpada Allah dan kepada sesame manusia. Bila kotoran itu telah menutupi hati, ia akan sakit, lalu malas beribadah, sulit menerima nasihat. Bila kondisi itu tidak segera ditangani, hati boleh mati, lalu kekufuran menyerlh, menilai yang baik itu buruk, dan yang batil itu sebagai kebenaran..inss

Darah Prjuangan wirid peringatan.

Katakanlah (Muhammad) :)Wahai Tuhan pemilik kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa pun yg Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari sesiapa pun yg Engkau kehendaki. Engkau muliakan sesiapa yg Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yg Engkau kehendaki. Di kekuasaan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha kuasa atas segala sesuatu..inss

Toreh Tangan Dermah Darah Semangat Perjuangan

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang disukai oleh Allah swt dan ini merupakan Sunnah Agung Nabi SAW dan para sahabat-sahabatnya. Setiap manusia yang mati, maka akan ditanya di manakah masa mudanya di habiskan.sesungguhnya Kekecewaan e2 mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam kehidupan..inssedunia

AnaK KuNNcI: Iklas dalam Perjuangan Agama

Sebaik-baik penyembahan adalahTuhan yg MaHa Asa lg bijak sana.Jangan kamu sembah melainkan Allah,jangan kamu ikut selain dr Allah,jangan kamu terpedaya dengn ikutan orang yang terdahulu daripada kamu.(nenek monyang) “Kekuasaan pemerintahan itu adalah kepunyaan Allah . Dia (Allah) perintahkan kamu sekalian jangan mengabdikan diri pada yang lain daripadaNya (Allah) Itulah agama yang lurus..”(Yusuf: 40)betul,betul,betul..inss

KENANGAN.............

KeNaNgAn ItU uNiK dI hAtI, wAlAu BeRsEnDiRiAn PaStI iA mEnEmAnI...sEtIaP yAnG mAnIs MaMpU dI kEnAnGi, WaLaU tIaDa Di MaTa KiNi, Ia HaDiR bIlA dI RiNdUi, KeRaNa AsAsNyA iA kEkAL dI dAsAr HaTi....HaHeHeE..inss

CoRaK HiDuP IsLaM

Iman dan Amal :) Iman itu bukanlah hanya dengan angan-angan sahaja, tetapi ia adalah suatu yang tertunjang teguh di dalam hati dan dibuktikan oleh perbuatan. Di dalam firman Allah swt selalu mengaitkan di antara iman dan amal.Maka FirmanNya yg bmaksud:"kecuali oran-orang yang beriman dan beramal soleh"(surh Al asr:3)oleh sebab yg demikian kemulia,Kebenaran,ketelusan, keyakinan semata-mata Kepada Allah swt.Dlm prjuangan,Rasulullah s.a.w bersabda:Seseorang muslim dengan seorang muslim yang lain laksana satu bangunan yang tersusun, saling kuat-menguatkan di antara satu sama lain..inss

PeMiMpIn UmMaH YaNg MeMbAwA KePaDa KeBaIkAn

“Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu ( wahai umat Muhammad) bahawa Allah swt akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Allah telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka;(an-Noor-55)sesungguhnya Allah akan mengurniakan karamah kpd kalifah2 atau pemimpin22 selelepas kewafatan junjungan besar nabi Muhammad swa seperti khalifa abu bakar,Amirulmukminin Omar Al khatob dan sesiapa sahaja dlm memperjuangan ISLAM:)..inss

MY KALAM HIKMAH 03


Kenangan Risalah Agung...

Selepas kewafatan Baginda Nabi Muhammad s.a.w , Kota Madinah di penuhi dengan tangisan umat Islam. Mereka antara percaya dengan tidak percaya mengenai berita Rasulullah sudah meninggalkan sahabat-sahabatnya. Kemudian, seorang Arab badui mnemui Saidina Omar Al Khattab dan memintanya menceritakan kepadanya mengenai akhlak nabi. Saidina Omar menangis mendengar permintaan itu.Beliau tidak sanggup menceritakan apa-apa, lalu menyuruh Arab badui itu mnemui Bilal b Rabbah. Selepas di ajukan permintaan yang sama, Bilal pun menangis, dia juga tidak sanggup. Bilal hanya dapat menyuruh orang itu menemui Saidina Ali b Abi Talib lalu Ali mengatakan Bagaimanakah aku ingin melukiskan akhlak nabi sedangkan Allah swt berfirman: Sesungguhnya Muhammad itu memiliki budi pekerti yang agung..inss

Selawat dan salam...

Sungguhya, betapa besar rahmat Allah kepada kita, dengan diutusnya Rasulullah swa, Allah telah menyempurnakan agama ini. Allah telah berfirman, “…Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu..Ramai manusia harini yang tidak memahami hukum islam. Mereka setengah pecaya dan setengah lagi kurang percaya di sebabkan faktur kejahilan yang memasyarakat dewasa ini(Tuntutlah Ilmu agama di waktu mudamu)..inss

IBU OH IBU

Setiap manusia yang di lahirkan ke dunia…telah di tentukan dan di takdirkan oleh Allah

Maka manusia itu yg digelar sebagai bayi telah bertanya kepada Tuhannya : ” sesungguhnya Para malaikat mengatakan bahawa aku akan dikirimkan kedunia, tetapi bagaimana cara aku hidup di sana kerana aku begitu kecil dan lemah serta tidak berdaya dan upaya.

Tuhan menjawap::Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .

Bayi tersebut bertanya lg :siapakah malaikat yg melayani aku....dan jika aku pergi ke alam Dunia siapakah nama malaikat yg akan melayan aku.....

Tuhan menjawap:sesungguhnya kamu akan memanggilnya dengan gelaran ibu...inss

Ketika Rasulallah swa pergi berniaga di bumi Syam

Pd saat itu bertepatan dgn hari Yahudi, yg di meriahkn dengan upacra bsar-besaran.Tatkala Muhammad SAW memasuki tempat upacara untuk menyaksikan cara mereka beribadat,maka tiba-tiba berjatuhanah semua lilin-lilin yang menyala di sekitar ruangan, yang menyebabkan paderi- paderi Yahudi gemetar ketakutan.

Seorang di antara mereka bertaya: "Alamat apakah ini?" Semuanya hairan, cemas dan ketakutan.

jawab pengerusi upacara'pasti ada orang asing yang hadir di sini,". "sesungguhnye terdapat di dalam Taurat bahawa alamat ini akan muncul bilamana seorang lelaki bernama Muhammad SAW, Nabi akhir zaman,menghadiri majlis ini,. Mungkinlah sekarang muhammad berada di ruangan kita ini. Carilah lelaki itu, dan kalau bertemu, segeralah tangkap!...inss

ISTIMEWA..

Maka Allah Taala telah menjadikan Rasullah s.a.w sebagai teladan bagi umat manusia. Rasulullah saw adalah the best model bagi kita. Akhlak dan perilaku beliau adalah merupakan aplikasi dari isi kandungan al-Quran secara kaffah.

Dengan kehadiran maulid rasul SWA yang teragung,maka hendaklah kita meraikanye dengan lebih istimewa kerana jika tiada Rasulallah SWA ,maka tiadalah hari perayaan islam yg lain seperti nuzul Al quran,israk mikraj ,hari ghaya dan sebangainya,sesungguhnya hari kelahiran baginda adalah penyeri dunia..inss

SAHABAT...

Sahabat sejati melahirkan ingatan abadi upama hubungan antara dua biji mata,mereka berkelip besama,bergerak bersama menangis bersama,melihat bersama dan hehee tidur bersama.Walaupun begitue tetapi mereka x pernah melihat di antara satu sama lain,sesungguhnya itulah perhubungan yg harus kita miliki,apabila kita mendpt lebih drpd dua mata , bermakna seseorang itu memiliki kawan yang penyayang..inss..

Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.

Dalam menghadapi hari-hari mendatang,kadangkala manusia itu di uji dengan 1001 ujian yang menuntut kecekalan dan ketabahan hati.Ujian,dugaan yg penuh kepahitan sudah tentu cukup untuk membuatkan kita patah semangat,hilang keyakinan diri,mudah berputus asa,terkeliru dari tujuan asal dan amat memeritkan hati,prasaan dan sebagainya,

Oleh itu,seringkali anda memerlukan satu dorongan dan ketetapan yg mantap utk membawa kekuatan menempuh hari misteri "ESOK"maka kekuatan itu dikenali sebagai "IMAN"

Iman harus bermula dari hati, dilafazkan dengan lidah dan dibuktikan dengan anggota badan. kekuatan dan keteguhan iman yang mengkristal di hati akan mmancarkan kberanian proklamasi melalui lidah sebagaimana yg dicontohi..inss

KESEMPURNAAN MANUSIA

Manusia secara fitrahnya adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna dan mulia sebagaimana firman Allah swt di dalam Surah At-Tin ayat 4 yang bermaksud:Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.kemudian manusia itu di lantik menjadi khalifah setelah itu mereka mempunyai tangungjawap... Maka jiwa yg bersih akan melahirkan sifat amanah,fathanah,benar dan tenang serta mempengaruhi tindakannya dan dapat menumpukan perhatian dlm setiap hal kehidupan..inss:):)

JIWA

Keadaan jiwa manusia telah di jelaskan Di dalam Al-Quran.Ia terbahagi kepada beberapa bahagian.Oleh sebab yang demikian Keadaan jiwa seseorang itu akan mempengaruhi tindakannya. Jiwa yang bersih dan tenang membolehkan seseorang e2 menumpukan perhatian dengan lebih telus & selesa. Sesungguhnya manusia itu telah di kurniakan akal dan nafsu.kadangkala akal melebih nafsu dan kadangkala nafsu menguasai seluruhnya. Maka jiwa itu sentiasa cenderung kepada kebaikan,Justify Full kejahatan,ketaqwaan,kepuasan, ketenangan,kertedhaan dan kesempurnaan..inssJ

MY KALAM HIKMAH 02

Akhlak Terpuji

Jika seseorang itu merasa akhlaknya belum beres, maka tidak akan ada orang yang menyikuti jejak langkahnya. Sebaliknya, meski tidak fasih berbicara, tetapi jika perangainya baik, disukai masyarakat...sesungguhnya banyaklah orang yg akan tertarik dengan kebaikannya...dan mudah diajak....mengajak pada kebenaran...;)~~inss..

Cebisan~~Dlm tafsir ibnukasir + jamik ahkam dan juga asasul fi tafasir....

Allah swt menegah pd hanba-hambanya yg briman. jangnlh ssekali-kali mengmbil penaung atau pemimpin daripada orang-orang nasrani dan orang-orang yahudi.sesungguhya mereka itu menentang islam dan sesiapa yang mengambil mereka sebagai pemimpin maka dia tergolong di antara mereka.kemudian Allah memberi ancaman (tahdid)dan janji buruk bagi sesiapa yang mengambil pemimpin selain Allah dan rasul...kerana mereka (selain daripada yahudi dan nasrani iaitu orang-orang yg munafik)mereka akan menghukum dengan hukum mereka sendiri tampa mnggunakan manhaj rabbani...maka itu orang-orang yang murtad tidak boleh mewarisi miros...begitu juga,jangan sampai orang-orang yang bukan islam.. mewarisi negara islam###

**sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim...ingat..zalim e2 bnyak ceritaye...:)~~inss..

Apabila engkau mendapat nikmat hendaklah engkau raikan dengan sebaik mungkin..melalui atas..sifat syukur....dan bersahabatlah dengan sahabat yang sentiasa menyebut dan mengagungagungkan kebaikan sahabatnya dan sentiasa melupakan pertolongannya kepada mu.... genggam lima jari angkat kelangit...buka lima jari hulur kehadapan dan tadah lima jari seperti org yg berdoa..cubalah memahami apa yg tersirat dan tersurat...inss..

ISLAM MEMERINTAH

Maka orag-orang yang awal berhijrah ke madinah ialah Abu Salamah bin Abdul Asad Al-Mahzumy...kemudian di susuli oleh A'mir bin Robiah kemudia Abdlah bin Jahiz kemudian baghulah rombongan bersama sama Rasullulah swa...maka disana telah berhimpun dan bersatulah Aus dan Kharaj dalam islam...menanti,menyambut kedatangan rasullah swa...sesungguhnye bersatulah... saudara yang mulia....dalam islam..kerana islam memerintah bukan di perintah....inss..

ACC

Akal adalah tabiat semula jadi yang di didik oleh pengalaman-pengalaman,

hati itu ibarat buku,akal itu penulisnya..maka mata itu penanya

Cintalah seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya..inss

BERDIRI SAMA TINGGI

Orang Mukmin ibarat sebuah bangunan yang masing-masing berpaut satu sama lain dan membicarakan tentang kasih sayang yang membentuk jiwa dan hati kita supaya menjadi halus dan suka kepada kedamaian dan kesejahteraan. Semoga semangat itu terus menjadi teras pembina akhlak untuk membina sebuah kehidupan....inss

KERUGIAN UMMAH

Orang yang beramal dengan Riya' dan Sumaah itu bagaikan seorang yang keluar kepasar dengan mengisi dompetnya dengan batu, semua orang berasa kagum dan berkata: alangkah penuhnya dompet wang orang itu. Tetapi sama sekali tidak berguna bagi orang itu kerana tidak dapat dibelanjakan wang itu, hanya semata-mata mendapat pujian orang.maka amalannya upama debu yg bertaburan...inss....

TARIKH KERAMAT

Keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu mercu,tanda ingatan utk junjungn besar yg merupakan makam tertinggi lagi trpuji.utk membongkar kerinduan kasih sayang cinta teragung maka tibalah masa yg di namakan...Rabiul awal....sesungguhnya terpancarlah cahaya hijau,yang menghijau alam menerusi islam dan Baginda adalah pemimpin ummah....inss..

UJIAN

Sebahagian Manusia Berbuat Maksiat Bukan Karena Tidak Tahu Dan Bukan Kerana Ingin Menginkari Perintah Allah, Akan Tapi Karena Nafsunya Telah Mengalahkan Akalnya....inss..

SAHABAT SEJATI

Sesetengah orang lebih mempercayai sahabat daripada orang lain. Sahabat

dijadikan tempat berbincang atau menyelesaikan masalah. Pada waktu yang lain,

sahabat menjadi kaunselor dan tempat meminta pertolongan ketika dalam

kesusahan.

Ada sahabat yang terlalu budiman hingga sanggup mengorbankan dirinya kerana

kesejahteraan sahabatnya yang lain. Sahabat yang begini tentulah tergolong

dalam kategori sahabat luar biasa...inss

SAAT-SAAT KEMATIAN

Saat-sat kematian Datang malaikat maut dan duduk dekat kepalanya dan memanggil: Wahai ruh yang tenang baik, keluarlah menuju keampunan Allah dgn ridhoNya”

Nabi s.a.w. bersabda : “Maka keluar rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi, maka langsung diterima, dan langsung dimasukkan kedalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum diatas bumi, lalu dibawa naik. Maka tidak memalui rombongan malaikat melainkan ditanya: Roh siapakah yang harum ini? Dijawab ruh Fulan bin Fulan, sehingga sampai kelangit, dan disana dibukakan pintu langit, dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap langit dihantar oleh malaikat muqorrbun dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit ketujuh..inss

Tuesday, June 10, 2008

MY KALAM HIKMAH 01




Ukhwah

"ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan,bukan pada manisnya ucapan di bibir tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doa"DOA"Doa"DoA"DOa"doA"dOA - Imam Al-Ghazali

-<>-..Jalan+jalan perjuangan menggapai puncak kearifan, menuju titik tertinggi kebijaksanaan. Mencetak diri menjadi manusia paripurnama+menjadi modal insan yg sempurna....seperti bintang di langit sana..-inss

SAHABAT
Sahabat yg baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku utk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat,semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur baiknya dlm suka dan duka..inss

DENGAN NAMA ALLAH
segala sesuatu diawali dengan basmalah..maka Allah akan menjadi pelindung dan ktika kita berjumpa,bertembung ucapkn salam...,maka Demi Allah..ada sifat saling mendoakn utk sebuah keselamatan,rahmat dan berkat yang datang daripada Allah..saudaraku...!!!! kadang-kadang diri ini bertanya..dan mungkin sebahagian besar akan bertanya dengan pertanyaan yang sama...sebetul-betulnya daripada siapa..semuanya itu..segala cobaan yang datang menerkam dlm diri manusia..kalu kita ini boleh menitibkan jawapan...sudah pasti itu datang daripada Allah yang maha Esa....tinggal... bagaimana menghadapi setiap ujian yg datang daripada Allah...apakah kamu merasai diri kamu beriman kalu kamu belum lg diuji oleh Allah S.W.T e2... pertanyaannya.!!!..ketika ujian datang...tinggal bagaimana kita menikmati ujian itu...maka akan datang sifat syukur...tapi kalu tidak kufur...besambung...inss

AL-Quran e2 pertunjuk...
sesungguhnye langit...bumi..dan penciptaan manusia didalam rahim...mengikut kehendak yang Maha Bijaksana....Allah menciptakan a'llam itu terbahagi kpd lima...1)alam roh,2)alam rahim,3)alam manusia,4)alam kubur,5)alam akhirah.....dalam kelima-lima alam tersebut hanya alam rahim sahaja(khusus) dimilikli oleh kaum wanita...yg punya kasihsayang,kesabaran..dan sebagainye....inss

KESEMPURNAAN AKAL
Apabila sempurna akal seseorang itu maka akan berkuranglah kata-katanya...jika engkau suka kepada perbuatan yang mulia maka hendaklh kau jauhi pekara-pekara yang kurang sopan...bila kau berjumpa dengan orang yang mulia maka hendaklahkau lembutkan kata-kata...dan kekayaan yg paling kaya ialah akal dan kelemahan,kemiskinan,kefakiran ialah kebodohan,seterusnye kesunyian yg teramat sunyi ialah kesombongn diri.....dan semulia mulia kasih+sayang adalah beraklak murni...(sungguh kata hati).....inss..

Saudaraku
Ucapkan kata-kata yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu sentiasa menimbulkan perselisihan diantara kita~~......

Setiap ucapan atupn kata22, harus kita teliti dan memilih perkataan yang tepat untuk berbicara dengan kengkawan ataupn orang lain. Bertapa banyaknye... kata-kata yang terlontar bukan pada tempatnya telah meninggalkan kesan yg sangat negatif bagi yang mendengarnya....

Jauhilh kata-kata yang kurang sopan(kurang ajar) atau kata22 yg menyakiti seseorang, baik secara langsung atau pun tidak langsung,,,,supaya keadaan kita lebih tenang,senang dan menyenanangkan baik di mana kita berada... Sebagimana Baginda Rasul SWA bersabda : bahwa kata-kata baik itu adalah sedekah....oooh kawan~~selalu mkn kawan...inss..

KEJUJURAN~~
Jujur adalah sebuah ungkapan yg sering di kemukakan...untuk membina keadan diri menjadi seseorang yang menepati syariat islam...dan merupakan sifat yg terpuji.....serta mambawa makna kebenaran.....,kebenaran itu adalah sifat kenabian.oleh yg demikian sifat jujur itu akan berlawanan dengan sifat kemunafikan.......
Dlm kehidupan sehari-harian,kejujuran itu amat penting dan perlu diterjemahkan dlm apa keadan, baik dari segi percakapan ataupun kelakuan..imbasan~~-inss..

Manusia tetap ....Meninggal dunia
Gendang telinga sunyi,Tidak sedikit pun menangkap resonansi......
Tiba-tiba datanglah seorang yang tampan, bagus pakaiannya, dan harum baunya,lalu berkata kepadanya, ‘Bergembiralah dengan apa yang membuatmu senang. Ini adalah hari yang telah dijanjikan kepadamu.’ Ia bertanya, ‘Siapakah Anda? Wajahmu yang tampan membawa kebaikan.’ Orang itu menjawab, ‘Aku adalah amalmu yang shalih.’ Saat itu ia berkata, ‘Ya Tuhan, segerakan hari kiamat, sehingga aku dapat berjumpa dengan keluarga dan hartaku.’
smg...semua pekerjaan..kita...menjadi ibadah..mulakan dengan basmalah..niat dan iklas...kerana Allah..inss

KUBUR
Alam kubur adalah alam keempt.....bg manusia...Ruang dan waktu sempit menghimpit jiwa.

Datanglah seorang yang buruk muka, buruk pakaian, dan busuk bau menghampirinya seraya berkata kepadanya, ‘berdukalah.... dengan hal-hal yang membuat kamu susah. Ini adalah hari yang dijanjikan untukmu!’ Si mayat bertanya, ‘Siapakah Anda?’ Ia menjawab, ‘Saya adalah amalmu yang buruk!’ Si mayat berkata, ‘Ya Allah, jangan hadirkan hari kiamat...

sedareee..apakh dlm hitungn waktu kita...ade waktu yg terleka...maka itu inagtlh pesanan agama....inss..

ANTARA DELIMA DAN KACA.........
Perumpamaan rakan yang baik dan rakan yang tidak baik adalah seperti orang yang mempunyai minyak wangi dan pembuat besi. Tidak kamu dapati daripada orang yang mempunyai minyak wangi itu sama ada kamu membeli wangian itu ataupun kamu mendapat bau wangi darinya. Manakala tidak kamu dapati daripada pembuat besi itu sama ada ia membakar tubuh badanmu atau bajumu ataupun kamu mendapati bau yang tidak enak daripadanya.
Maka jadilah dan carilah rakan yang baik seperti orang yang mempunyai minyak wangi, jangan sekali kita menjadi dan mencari rakan yang tidak baik seperti si pembuat besi kerana kita sering dinilai dengan siapa kita berkawan, seandainya kawan kita baik, insya Allah kita juga sering dinilai sebagai insan yang baik dan begitu jugalah sebaliknya..:).inss..