Anak juga
perlu dihukum:
Anak juga
perlu dihukum kerana anak tidak tahu hukum atau tidak mengetahui kesalahan.
Maka hukuman yang akan dikenakan sekadar untuk membuatkan anak itu mengetahui
tentang kesalahan agar anak itu dapat membesar dalam kebenaran.
Perlu adil
terhadap anak-anak:
Sekiranya
kita mempunyai anak yang ramai maka kita harus menjadi adil terhadap mereka,
misalalnya Kalau ada anak yang membuat salah maka kita janganlah menyalahkan
yang lain agar yang lain dapat meyakinkan diri mereka sendiri dan yang bersalah
pasti dihukum supaya anak itu tidak menjadi contonh yang salah.
Selawat dan
salam bila mencium budak:
Apabila kita
berjumpa dengan anak-anak kecik atau kita mempunyai anak kecil, sekiranya kita
ingin mengusap kepala anak kecil itu atau kita ingin mencium anak kecil itu
maka sertailah dengan selawat kepada Baginda Nabi SAW agar budak kecil itu
dapat barkat daripada selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad
SAW.
Pengenalan
kepada anak-anak:
Pengenalan
pendidikan anak-anak pada peringkat awal ialah mengajar tingkah laku yang baik atau
kelakuan yang baik atau perbuatan yang baik.
Kesemua ini wajib kita tanamkan kepada anak-anak kecil.