Wednesday, November 7, 2012

PENDIDIKAN ANAK-ANAK**78



Anak juga perlu dihukum:
Anak juga perlu dihukum kerana anak tidak tahu hukum atau tidak mengetahui kesalahan. Maka hukuman yang akan dikenakan sekadar untuk membuatkan anak itu mengetahui tentang kesalahan agar anak itu dapat membesar dalam kebenaran.

Perlu adil terhadap anak-anak:
Sekiranya kita mempunyai anak yang ramai maka kita harus menjadi adil terhadap mereka, misalalnya Kalau ada anak yang membuat salah maka kita janganlah menyalahkan yang lain agar yang lain dapat meyakinkan diri mereka sendiri dan yang bersalah pasti dihukum supaya anak itu tidak menjadi contonh yang salah.

Selawat dan salam bila mencium budak:
Apabila kita berjumpa dengan anak-anak kecik atau kita mempunyai anak kecil, sekiranya kita ingin mengusap kepala anak kecil itu atau kita ingin mencium anak kecil itu maka sertailah dengan selawat kepada Baginda Nabi SAW agar budak kecil itu dapat barkat daripada selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Pengenalan kepada anak-anak:
Pengenalan pendidikan anak-anak pada peringkat awal ialah mengajar tingkah laku yang baik atau kelakuan yang baik atau perbuatan yang baik.  Kesemua ini wajib kita tanamkan kepada anak-anak kecil.