Thursday, December 25, 2008

Ikatan Lidah Dengan Hati 20

Ikatan Lidah Dengan Hati:
Sesungguhnya lidah orang mukmin itu di belakang hatinya. Apabila berkehendak ingin mengatakan sesuatu, nescaya difahaminya (lebih dahulu) menerusi hati kemudian baru dilakukannya dengan lidahnya. Ada pun lidah orang munafik pula berada di hadapan hatinya. Apabila ia bercita-cita terhadap sesuatu nescaya dilakukannya dengan lidah dan tidak difahami sama sekali dengan hatinya."(Diriwayatkan oleh al-Kharaithi dari Hasan al-Basri)..inss

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan. Disebutkan oleh Nabi SAW : "Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu". Allah SWT pula berfirman : "Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh". Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan..inss

Perjalanan Kehidupan:
berjlnlh dgn pnuh harapan walau hidup ini x slalu bahagia, sedekahknlh satu snyumn walau d hatimu x lg mmpu b'tahan.... blajalh m'maafkn walau dirimu t'luka, b'hntilh mmbri alasan walau ingin m'nyatakan kbenaran... hiduplh dlm iman walau hari d pnuhi godaan & b'pganglah kpd Allah walau DIA x klihatan.Bukti kasihNYA...kita wujud d dunia pnjaman ini... Ada sbab bila berlaku sesuatu perkara & yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNYA yg mengaku keimanan padaNYA .Jangan terlalu b'khayal utk jd yg t'baik kerana hidup x smudah itu, Perihal kehidupan sbg cermin dlm menilai s'buah p'abdian yg hakiki lg abadi..moga lelahmu d hargai ilahi walau d cemuh insani..kak su

Mari kita renung antara isi kandungan khutbah al-wida' yang disampaikan Rasulullah SAW pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Arafah : " Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepas ku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan As-Sunnah." كل عام وانتم بخير بحلول عيد الاضحى المبارك..Abd Halim

Hidup Hanya Sekali :
Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya, sesiapa yang meneguk racun kerana membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka selama-lamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di dalam neraka selama-lamanya (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34)..inss

Keemasan Diri Sendiri:
Alangkah bertuahnya sesiapa yang menyelongkar potensi diri,mengenali keistimewaan tersendiri,rasa kagum akan kebolehan yang di kurniakan oleh Allah di atas diri sendiri,syukurilah nikamat yang diberi pada diri kita sendiri,sentiasa menjaga akan kehormatan diri, apa yang ada pada diri kita sendiri dan terimalah hakikat kekurangan,kelemahan apa yang dimiliki serta mempertingkatkan amalan kebaikan kita sendiri..inss >>selamat hari ghaya maaf zahir batin :-)

Hati hati setiap langkah:
Luka yang disebabkan oleh ucapan lebih sulit disembuhkan daripada luka yang disebabkan oleh pedang. Senyumlah bila Anda kalah, dan rendah hatilah bila Anda menang. Jauh yang menyebabkan kejernihan lebih baik daripada dekat yang menyebabkan kejauhan..inss






Mata,Telinga,Hidung dan Mulut Sebagai Jiran yang Saling Memerlukan 19

Mata,Telinga,Hidung dan Mulut Sebagai Jiran yang Saling Memerlukan:
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lg yang tidak menyenangkan.Waspadalah bila kita berbicara ttapi hendaklah kita menggunakan 2 mata untuk menyaksikan dan 2 telinga untk meneliti supaya kata kata yg diungkapkan menjadi penawar dlm percakapan..inss

Renungan Buat Ibu Tersayang:
Disaat ibumu tidur, cuba kamu lihat matanya dan bayangkan matanya takkan terbuka untuk selamanya..tangannya tak dapat hapuskan airmata mu dan tiada lagi nasihat yang sering kita abaikan..bayangkan ibumu sudah tiada..apakah kamu cukup membahagiakannya..apakah kamu pernah berfikir bertapa besar pengorbanannya semenjak kamu berada di dalam perutnya...kirim mesej ini pada semua...itupun kalau kamu sayang ibumu dan mahu mengingatkan teman2mu..zue

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP 1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk. 2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya. 3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya..nur wahida

SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan diriny.insyAllah..SyaWaL farid : kalam hikmah

wahai orang-orang beriman! berssabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan dan kuatkanlah kesabaranmu dan da bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH SWT supaya kamu berjaya mencapai KEMENANGAN(surah ali imran ayat 200)..nur itqan

Kemampuan Biar Beterusan:
Drpd Aisyah r.ha., Nabi s.a.w bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (Riwayat al-Bukhari&Muslim)..Mohd Hadzle Johari

Hati Kita :
Hati itu diumpamakan oleh ahli sufi sebagai raja, manakala tubuh badannya adalah sebuah kerajaan dan anggota badan yang tujuh itu sebagai tenteranya (mata, telinga, lidah, kedua tangan, perut, kedua kaki dan kemaluan). Jika baik pemerintahan raja itu (hati) maka baiklah segala pekerjaan tenteranya (anggota badan) jikalau jahat pemerintahannya maka jahatlah segala pekerjaan tenteranya..

Perupamaan Teman Teman Kita 18

Perupamaan Teman Teman Kita:
Teman 2 bkn mcm papan skyboard..lom main gilap ..dah main pijak..Teman 2 bkn mcm bola sepak ..lom dpt kejar ..dah dpt tendang..Teman 2 bkn mcm bulu tangkis..lom main pegang...dah main pukul..Teman 2 ibaratkan mcm raghbi..lom dpt rebut dah dpt lindung.Teman 2 mcm jari..lukanya sembuh sendiri hilangnya xde ganti..!!SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA..puteraku

Tiada yang sia-sia melainkan ada hikmah-Nya dalam mencari Redha Rabbi. Semoga ia selalu seiring bersama makrifah dan mahabbah kepada Allah S.W.T..Al-faruq Muhammad

Kesalah Tetap Terampun
Apa2 pun... kesalahan kita pada allah... kita boleh bertaubat jika diberi peluang... tapi kesalahan kita sesama manusia.. kita kena pohon maaf selagi kita hidup... apa2 pun maaf kan saya.. kalau ada tersinggung dgn saya... kerana ... saya punya lidah ,, tapi tak semua kalimat yg keluar menyenangkan yg mendengar..mohd faisal

Wahai pemuda, seandainya kamu yakini fikrah ini dan kamu menjejaki langkah kami serta kamu berada di atas jalan yang murni ini, kamu tinggalkanlah segala fikrah kamu kecuali fikrah Islam. Kamu wakafkanlah segala tenaga dan usaha kamu untuk aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan kepada kamu dunia dan akhirat. Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih untuk terumbang- ambing dan bersifat serba salah antara seruan Islam dan selainnya, maka ingatlah sesungguhnya tentera ALLAH akan meneruskan perjalanan tanpa mengira bilangan sama ada sedikit ataupun ramai.. nur itqan

NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA
Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga................................................. Hargailah bila bersahabat… Maafkanlah bila terluka… Fahamilah bila keliru… Nasihatilah bila terleka… Tegurlah bila tersilap… Ingatilah bila kesunyian… Itulah kehebatan ukhwahfillah..nurhaziafa

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. Hadis riwayat al-lmam Muslim.. sunah mohammad : Farhan Rais Ahmad Fadzil : kalam hikmah

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat
Tapi, byk pula dugaan yang datang.. Kadang2 kita minta cerdik, tapi, masalah pula yang bertandang... kadang2 kta minta kebahagiaan, tetapi, huru hara pula menjelang... Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah... SUBHANALLAH.. Betapa Hebatnya ALLAH itu.... semuanya ada hikmah.. Kalau lah manusia tahu hadis ini.. " Telah berkata Jibrail a.s: " Wahai Tuhan, Engkau smpaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman : " Biarkan hambaKu itu... kerana Aku mencintai rintih suaranya"- Anas ibn Malik r.a..fahmi amiey

Kerana riak hancur tiada makna:
Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata "Aku sudah pintar", maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya - Luqman Hakim..inss

Kata kata e2 Sungguh Berbisa 17

Kata kata e2 Sungguh Berbisa:
Perkataan yang baik sangat besar kuasanya dalam diri manusia. Apabila kita menyebut perkataan yang baik, ia akan meresap ke dalam diri orang yang mendengarnya dan ianya juga akan berbalik kepada diri individu yang melafazkannya. Ketika Allah memerintahkan Nabi musa a.s bertemu dengan Firaun, Allah telah memerintahkan Nabi Musa agar menggunakan perkataan yang baik-baik, ini adalah kerana perkataan yang baik dan lembut akan terus jatuh ke hati orang yang mendengarnya..inss

Sederhanalah dan jangan terlalu berlebih-lebihan serta berusahalah melakukan yang benar. Setiap musibah yang menimpa orang-orang muslim adalah suatu pelebur kesalahan biarpun hanya sekadar tercucuk duri “ ……..Firman Allah “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu berdukacita, padahal kamulah orang–orang yang paling tinggi darjatnya, sekiranya kamu beriman.”- (surah Ali Imran:Ayat 139)..nur wahida

Termaktub dalam sepucuk surat Khalifah Umar kepada Abu Musa Al Ashaari, "Hadapilah sifat sabar dan ketahuilah bahwa sifat sabar itu dua macam, di mana yang satu lebih afdol dari yang lain. Sabar dalam musibah adalah sifat baik namun lebih afdal lagi sabar dalam menghindar larangan Allah SWT. Ketahuilah bahwa sabar itu berhubungan dengan iman karena kebajikan yang paling utama adalah takwa dan takwa hanya dapat dicapai dengan sabar..Abd Halim

Jangan Bersedih
Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan,Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah,Membuat kita kaya di Dunia,Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat,serta Rahmatnya yang Maha Luas,Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan kita Berbeza dengan Orang lain,kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri,Jangan Bersedih...Bila Disakiti,Dicela Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa,Jangan Bersedih..Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan,Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan kita akan Membuat Musuh kita Gembira,Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah alfaqir nasrullah: "Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan..fahmi amiey

Kejayaan hakiki dalam menuntut ilmu adalah keberkatan dari pemilik ilmu tersebut.Bukti keberkatan itu adalah bilamana seseorang berjaya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.Maka,berhasillah ilmu itu sebagai nur,pembimbing manusia menemui jalan kebenaran.Adapun natijah bertulis hanyalah penilaian kecil yang tidak harus diperkecil.Justeru,jadilah penuntut ilmu yang cemerlang lagi terbaik dari segenap aspek..fahmi amiey

Kejayaan Semistinya milik Kita:
Ingat kejayaan bukan milik orang yang pandai atau orang yang kaya tapi milik insan biasa yang berusaha secara luar biasa...tau.<> berusaha la bersungguh-sungguh untuk mencapai impian. Itu adalah hadiah yang bermakna buat ibu dengan ayah mu... tapi ingat bila dah berjaya satu benda yang paling baik adalah jangan lupa berbakti pada insan yang banyak berkorban untuk kita..mutiara hati kita iaitu mak dan ayah kita doakan awak berjaya..ina con

Syurga terletak dibawah telapak kaki ibu.
Kata Imam al-‘Ajluni, hadis ini bermaksud sikap tawaduk serta merendahkan diri terhadap ibu, berkhidmat kepadanya, mentaati perintahnya kecuali kepada apa yang dilarang oleh syarak merupakan penyebab untuk masuk kedalam syurga Allah SWT..inss